APA ITU BLOG?

Assalamualaikum,

Selamat datang ke blog saya. Ini adalah pertama kali saya menulis. Mungkin jika anda baca tulisan saya ini kelihatan agak janggal tetapi fahamilah bahawa saya masih dalam proses pembelajaran dan pemahaman dalam blog ini.

Mari Kita Mulakan.

Apa itu Blog?
Blog adalah platform dalam talian untuk menerbitkan kandungan baru, membina audiens, dan menjana pendapatan. Setiap blogger mempunyai alasan tersendiri untuk memulakan blog. 

Pernahkah anda terfikir mengapa anda ingin memulakan blog? Apa yang membuatkan anda mahu membuat blog dan belajar lebih lanjut mengenai blogging? Mungkin anda tertanya-tanya, mengapa perlu memulakan blog? Jika anda seorang individu yang bersemangat, seorang ibu, bapa yang sudah bersara, atau bahkan seorang pelajar yang ingin mengejar kerjaya dalam talian, maka blogging adalah pilihan yang tepat untuk anda. Mungkin ada banyak sebab mengapa anda ingin memulakan blog.

Jika blogging memberi inspirasi kepada anda, tiada apa yang boleh menghalang anda daripada menjadi seorang blogger yang berjaya. Anda hanya perlu menetapkan matlamat blog, komitmen, dan sedikit wang untuk memulakan bidang blogging yang mempesonakan.

Apa kegunaan blog? Blog boleh berbeza dari seorang ke seorang.

Saya memulakan blog saya sebagai hobi semata-mata, memandangkan saya memang suka meneroka, membaca, mencatit dan menyimpan untuk rujukan. Mungkin ada juga yang memulakan blog sebagai cara untuk menjana wang. Anda mungkin mencipta blog untuk jurnal, mengajar sesuatu topik, menjual sesuatu, bercerita dan sebagainya. 

Saya berharap, pos blog saya akan datang nanti dapat membantu dan memotivasikan orang lain. In sya Allah, jika ada masa lapang, saya akan terus menulis di blog.

Teruskan menunggu... Dan terima kasih kerana sudi singgah! 💖💖


Ikhlas, 
Qaisara Queen.
23hb Oktober 2024.

Comments

Popular posts from this blog

4 SEBAB KENAPA MEMULAKAN BLOG